Zakat Fitrah Malaysia 2011

Zakat_Fitrah

ZAKAT DARI SEGI BAHASA

Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih,suci,subur,berkat,dan berkembang. Pengertian "bersih" dan "suci" dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.
ZAKAT DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
HIKMAH PENSYARIATAN ZAKAT

 Tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah bertujuan untuk :
1) Mengagihkan sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan.
2) Membersihkan diri pembayar zakat
3) Menyuburkan dan memberkati harta pembayar zakat.
4) Mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba NYA.
5) Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka
6) Menyatukan umat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
7) Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
8) Melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram kepada pembayar zakat.
DALIL PENSYARIATAN ZAKAT
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah ,supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka ,kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka,dan ( ingatlah ) ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
( Surah At-Taubah : Ayat 103 )
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat "
(Surah An-Nur : Ayat 56 )
"Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian taat setia dengan Bani Israil (dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH,dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa ,dan kaum kerabat,dan anak-anak yatim serta orang miskin,dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya"
( Surah Al Baqarah: Ayat 83)

Berikut Adalah Kadar Zakat Fitrah 2011 Malaysia
Zakat_Fitrah